Permintaan Terakhir Nyanyian Dari Penjara - Kisah Cinta Tiga Segi Download

whiztech's picture

Video Clip and Mp3 download for Permintaan Terakhir Nyanyian Dari Penjara - Kisah Cinta Tiga Segi

Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.

Atas pemikiran pendek, lelaki tersebut telah menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan lelaki kekasih lama wanita tersebut.

Lelaki tersebut menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan keatasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman, lelaki tersebut telah memohon untuk memanggil kawan-kawannya untuk merekodkan nyanyian tulus dari hatinya dan dengarkanlah lagu tersebut...

Size: 3.92 MB
[Download]

Update 10 April 2008:

Found it. The video clip below shows a woman being killed by a few man. The video contains extreme violence (do not download it if you don't dare to see it!). I don't know if it is related to the song, but the song is used as the background music for the video.

Size: 1.33 MB
[Download v2]

Update 11 April 2008:
One of our reader said that the video clip above is not the original scene of the song. I hope it is true.

Update 3 June 2008:
The story about the inmate is just a hoax.

Metro Ahad menghubungi Ayie menerusi e-mel dan berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Menurut Ayie, dia sedar tidak semua orang percaya dia mencipta lagu itu kerana ramai mendapat tahu lagu itu menerusi rakan dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, katanya, tiap yang benar akan tetap selalu jadi yang benar.

“Lagu itu saya cipta pada 1998 dengan judul ‘Perangkap Cinta’ ketika di bangku sekolah. Saya masih ‘hijau’ lagi dalam mengarang lagu kerana teringin sangat menjadi penyanyi.

“Kerana ditinggalkan kekasih yang saya tunggu bertahun-tahun, saya menggunakan kisah hidup saya untuk mendapat ilham mencipta lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, dia memberi lagu itu kepada rakannya untuk didengar dan ia menjadi detik permulaan lagunya tersebar.

“Seorang rakan menyuruh saya merakam lagu itu supaya dia boleh menyimpannya di dalam komputernya. Dia memberi rakan perempuannya mendengarnya dan saya percaya dari situ, mulalah merebak cerita mengenai lagu saya melalui perkongsian fail di komputer.

“Seorang rakan saya lagi pula dihukum penjara kerana kes gaduh dan dadah. Dia pula menyanyikan lagu saya di penjara dan memberitahu saya, waktu di penjara, sesiapa yang mendengar memang suka lagu itu,” katanya.

Menurut Ayie, lagunya mula tersebar di Singapura pada 2001 dan semua orang di Singapura tahu itu lagunya.

“Lagu itu dah “hot” berapa tahun lalu di Singapura dan ia menjadi kontroversi di Malaysia tahun lalu, malah sehingga hari ini. Saya tak mampu lagi mengulangi kisah lagu saya pada setiap orang yang ingin tahu mengenai lagu itu.

“Tiada gunanya saya menipu. Saya tak ‘makan’ duit daripada lagu itu dan saya tak inginkan nama untuk lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, cerita mengenai banduan yang dikatakan mencipta lagu itu adalah tidak benar.

“Jika benar banduan itu menciptanya, sila beritahu keluarganya supaya menghubungi saya secepat mungkin.

“Lagu itu juga bukan daripada kumpulan Strategi seperti didakwa pihak tertentu. Rakaman versi rock lagu itu adalah daripada kawan baik saya yang merakam lagu itu menggunakan komputer di rumah,” katanya.

[Download: Original Video (source:torrent.jiwang.cc)] [Harian Metro (Google cache)]

Your rating: None Average: 4.1 (14 votes)

Cannot find what you are looking for?