Harga Minyak Naik Lagi!
Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak bermula pada tengah malam ini (4 Jun 2008). Secara tidak langsung, harga barang-barang keperluan harian, elektrik dan air (nak pam air pakai ape) akan naik, menyebabkan harga-harga makanan di kedai-kedai makanan akan turut naik.

Sumber
Harga minyak petrol meningkat sebanyak RM0.78 sen, dari RM1.92 per liter kepada RM2.70 per liter. Harga minyak diesel pula naik RM1 kepada RM2.58 per liter. Kenaikan harga minyak ini sekaligus akan mengurangkan jumlah wang simpanan, mengurangkan wang yang boleh disimpan setiap bulan, lalu memusnahkan harapan untuk memakai kereta-kereta sebegini... Jika sebelum ini EX5 aku boleh isi RM4 untuk tank yang hampir penuh, mungkin selepas ini aku terpaksa isi RM8 untuk 1 tangki penuh.

Sumber
Apa yang kita boleh buat.. Hadiah yang menarik ini terpaksa kita terima dan telan walaupun pahit. Ke mana pergi wang dari penjualan minyak oleh Petronas? Pada bulan Ogos, harga minyak mungkin akan mengikut harga pasaran (RM4 per liter sekarang) dan subsidi akan dibayar mengikut mekanisme baru oleh kerajaan. Mungkinkah kita terpaksa menaiki kereta-kereta sebegini?
TERIMA KASIH KERAJAAN!
Bebelan lagi:
Pautan 1
Pautan 2
Pautan 3
Pautan 4
Harga semasa petrol:
P/S: Cuba jimatkan penggunaan minyak, mungkin boleh dapat keuntungan dari duit subsidi yang diberi secara langsung tersebut kepada pengguna.
- whiztech's blog
- 115 reads
Printer-friendly version-

Cannot find what you are looking for?
Similar entries
- Permintaan Terakhir Nyanyian Dari Penjara - Kisah Cinta Tiga Segi Download
- YouPorn Co-Owner is... Malaysian!
- Yahoo Messenger Error: Unable to Display Text/IM Messages
- ImageShack Drive: Free TorrentFlux-Like Hosting
- Installed Windows Vista Service Pack 1
- New uTorrent Can Bypass Traffic Shaping, efficiently?
- TMSNetwork.org is back!


